Posts Tagged ‘ramadhan’

tsk tsk

im sorry. this post should be a happy one. because i just got connection at home. but it turned into a sad one. very,very sad one. a very close family/friend of mine died last night. road accident, maybe. last breath in front of my eye. with all blood and stains covering. i slept in tears. where are all my friends go when i need them. 3hrs sleep doesnt sufficient for my long today.

happy ramadhan

-edited-

05082009148teh..few days before

27082009206

you may think i am a lmao, or girlish, or hati bunga, but the fuck with it. i love my cat. i do love teh as a family and friends. and those who is close to me, may know how much i suffer when loosing her for 3 weeks. menggagau cm org gila aku cari dia. then 2 months after she returned to me, she return back to Him.

-tears-

-kalo aku jumpe sape yang lggr teh, aku lenyek ko cmne ko lenyek die. sialan-

its 18th of sept already

i just like it when someone was really annoy when i tease them about the new government. the date 16 sept was being said as the turning point, or the date a new ruling power will be born. but nothing happen. seriously, i am looking for any political drama that could be happening that day, but till today (yeah it was 18th already), not so much things to talk about.

pity..

actually, for me myself, there is no impact or effect political change in this country to me. it is not that i am a robot, who doesnt care about them at all, but i am a far observant. i am pity for those pak matrop (pkr fan) and haji sudin (umno fanatics) in kampung tersusun who was bergaduh and bermasam-muka to each other because of the lawan-party issue. i am kesian tgk one of my friend who is shouting “kite tengok la 16 sept ni” repeatedly. after all, everyone was dissapointed. xde ape pon jadi….

propaganda

they said i am an activist. say whatever. i dont care, as long as i know where i stood. why i am not surprised with all those jokes and propaganda? i am not a fan of propaganda. i like to see the real/ proven things happen before i can put my believe and trust upon something. both sides talk loud, barking this, these and those. ahh crap. politicians, biasa lah. mana-mana pon sama. why dont you prove some thing first then canang it all around. it is much better that promising here and there, but turn up, xde ape gak jadi… then they give reasons, create storyies bla bla bla to disguise the promise they made up earlier. come on la people. i started to believe in new side after losing my trust in another side, but that new side also proved that they are no more than politicians as well. crapp lagi…

sudah la, penat dengan drama-drama politic and sarat dengan konflik, konspirasi dan khabar-khabar angin. kita tengok je lah, apa nak jadi. dlm kapasiti aku ni, student biasa, anak orang biasa, rakyat biasa, berbual bertekak smpai ke pagi pun, xde apa yang jadi…buat penat je bergaduh…politik, biasalah…esok dh 19 sept pon…

***

oh btw, aritu aku memasak nasik lemak. sahur. sedap juga. lepas la spec orang bujang. seronok lihat kawan-kawan selera makan. mungkin tiada sambal sotong, kurma ayam dan rendang kerang, tapi telur rebus dan sambal bilis dh lebih dari cukup. panas-panas berasap di kala sahur. nikmat betul. bahagia aku tengok teman-teman makan air tangan aku sendiri. terima kasih en nasrul kerana jadi pembantu setia didapur. cuma idea bertinggung atas dapur tepi periuk masih tidak boleh diterima. tengok la gmbar-gambar yang sempat lensa camera bob rakamkan.

beras-santan-halia n bawang-daun pandan-garam secukup rasa; rebuskan aje semua dalam periuk. bukan susah sangat..

cili boh-ikan bilis-bawang-asam jawa-gula-garam; tumis bawang ngn cili boh smpai garing, masukkan asam jawa, gula dan garam, last sekali ikan bilis. goreng la sikit smpai kuah kering..

telur nas 2 biji, telur maini 2 biji, roshan 2, aku 2..gross x?

ini lah akibat melawan ckp mak, org tua ckp jangan menyanyi di dapur, bukan jgn duduk atas dapur..

hasil setelah 1 jam berdapur di kala sahur…puas hati gak la

tetamu kenamaan dari rumah bawah dan sebelah..maaflah, makan atas lantai je

oh..chopper kesayangan..setia meneman aku didapur, menunggu habuan ikan bilis la tu….

puasnya makan masakan sendiri

bulan puasa tahun ini, aku, teman sebilik dan sorang teman serumah nekad untuk memasak sendiri. dari juadah berbuka, ke moreh dan santapan sahur, semuanya kami masak sendiri. niat dihati memang tinggi, bersama harapan menggunung, tapi ada kalanya malas juga. apakan daya, bukan resmi hidup seharian kami. nak dikatakan apa lagi. kurang-kurang, ada usaha kami memasak sendiri. buat persediaan menempuhi alam dewasa. sampai bila nak menghadap lauk-pauk di kedai, makan nasik ditanak kawah. hendak juga merasa air tangan sendiri. bila seni memasak sudah digilap, dapur dirumah pun mungkin boleh berasap. bangga ibu-ibu kami mungkin, bila melihat anak-anak teruna mereka sudah pandai menumis bawang, menggulai sayur.

dari hari pertama ramadhan, bermacam jenis masakan kami cuba. bukanlah sempurna sangat, tapi sedaplah juga. nak dibandingkan dengan makanan di cafe, jauhlah sedapnya masakan kami. tambah lagi, kepuasan menikmati lauk dimasak sendiri tiada taranya. berpenat berpeluh menyediakan bahan, lansung menumis dan menggulai, habis hilang peritnya, bila juadah sedia terhidang menunggu masa disantap. nikmat sungguh. kadang-kadang terlebih garam, terkurang asam tapi habis juga kami sental. maklumlah, semuanya anak-anak baru belajar, bukannya tukang masak dengan puluhan tahun pengalaman. ibuku dirumah sering ku runsingkan, menelefon waktu dia sibuk didapur, menanyakan resepi setiap kali.

“telefonnya tiap hari, resepinya macam-macam mama dh ajarkan. nak masak utk mama entah bila” bebel ibu. aku senyum sendirian.

ramai juga yang merungut, kuat sangat bau tumisan kami petang-petang hari, menggoda dan mengujakan ketika semua orang sedang lapar. bukan niat kami ingin menunjuk, kalau boleh mahu kami kongsikan, tapi adatlah orang memasak, rempah setumisan, bau sepekan. kalau ada masa dan kelapangan kemudian hari, boleh kami masakkan.

setelah empat hari puasa, banyak juga juadah kami cuba. nasik goreng korea (hehe), ikan masak berlada, kubis goreng ikan bilis, sup sayur dan sotong, kangkung goreng belacan, sardin bersama kentang dan lain-lain. niatnya petang ini, mahu digulai kari ayam. cuba sajalah. tidak dicuba, manakan tahu pahit manis masamnya.

ikan goreng berlada..

kepada teman-teman yang ada resepi sedap-mudah-cepat untuk dicuba, kongsikan lah. tiada ruginya orang lelaki belajar memasak, senang nanti memikat hati ibu mertua….tambah lagi jika dia tahu anaknya jarang kedapur

lihat disini, disitu dan disana untuk respi masakan. bacalah. seronok.

gelagat sahur

bila bercakap pasal sahur, macam-macam kenangan bermain di fikiran. ketika kecil, dalam lingkungan umur 7 tahun, aku masih ingat, bangun sahur merupakan satu cabaran yang maha dahsyat. ibuku bersusah payah memasak dan memanaskan lauk, membancuh milo dan mengupas epal untuk menarik minat kami adik beradik menjamah makanan.

“semua orang kene sahur, nanti siang cergas sikit” pesan ibu. masing-masing cuba membuka mata, tapi fikiran masih terbayang bantal dan selimut yang lebih nampak enaknya.

zaman sekolah asrama, aku teringat, bila smpai waktu sahur, warden memasang alunan ayat-ayat suci kuat sekali. bergema di segenap pelusuk tanah keramat sekolah ku. kemudian, datang pula mereka, dengan rotan sebilah, memukul-mukul pintu sambil menyuruh kami bangun. mulia sungguh jasa mereka, demi anak-anak didik yang dikasihi. sahur di dewan makan beramai-ramai. lihat sahaja lah muka-muka kelat, kusut dan serabut menjamah nasi, ataupun bihun disulami teh panas pembuka selera. kadang-kadang ada biskut atau roti kering. seronok betul bersahur bersama teman-teman. sudah sahur, masing-masing menyorong bantal di bilik, sambung tidur. biasalah subuh dibulan puasa lebih banyak dibilik berbanding di surau sekolah. itupun banyak yang tuang.

bila masuk alam universiti, sahur lebih banyak di kedai-kedai mamak, ataupun makanan yang dikirim pada kawan. masih tinggal di asrama, tapi suasananya berbeza. tiada lagi dewan makan, tiada lagi warden datang mengejutkan, tiada lagi teh panas jadi hidangan. semuanya sendiri. kadang-kadang, bila sampai kerajinan, memasak untuk juadah sahur juga menyeronokkan. biasalah, makanan orang bujang. masakan yang senang, cepat dan jimat. selain ikan sardin dan nasi putih panas-panas, mee segera juga menjadi pilihan utama. ramai juga yang lebih senang bersahur awal, tidur dan bangun subuh lewat. tapi sunnah nabi, sahur harus dilambat-lambatkan.

dijadikan cerita, ada seorang kawan rapatku ini. bila waktu sahur hampir habis, mesej ku hantar belum berbalas. maksudnya, dia masih belum bangun. kerna sayangkan kawan, aku mengatur langkah pergi mengejutkan. niat dihati ingin meminjam jumper (untuk bateri kereta), sambil melihat-lihat sudah bangkitkah ia.

“dude, bangun2. dh nk abes waktu sahur ni. wei nk pinjam jumper” kejutku perlahan-lahan.

die bangkit duduk, sambil merenung mataku. tangan nya pantas bergerak, meraba-raba bawah bantal, dan dalam selimutnya. aku diam. tertanya, apa yang di cari nya.

“ko cari ape?” tanyaku.

“cari jumper la” jawabnya selamba. masih terpisat-pisat.

oh sungguh. dia masih belum sedar. aku ketawa berdekah-dekah dalam hati. nak di ketawakan depan muka, dia masih mamai. kesian pula. tp sungguh, kelakar sungguh kelakar.

kenangan. macam-macam terjadi. bangun sahur memang banyak meninggalkan memori. tapi aku bersyukur. setiap tahun, berbagai ragam terjadi. dan aku pasti, sahur di hari-hari mendatang, dan tahun-tahun selepas ini, pasti lebih banyak kenangan bakal ditempuhi.

pesanan: dude, kamu sungguh comel ketika bangun tidur. maaflah, gelakkan kamu tadi. tapi, aku masih tersenyum terkenang gelagatmu.

merdeka and ramadhan

last night i went to stadium indera mulia ipoh for merdeka celebration. nothing much. concert and performance by local artist, speech by menteri besar, and fireworks!!! it was amazing!!! first time watching fireworks that close.

by the way, since most of us were celebrating both merdeka and the beginning of ramadhan, i would like also to take this opportunity to wish everyone

selamat hari kemerdekaan malaysia ke 51

semoga menjadi insan yang merdeka jiwa, peribadi dan rohani dari segala anasir kejahilan

dan

selamat menyambut ramadhan 1429H

semoga kedatangan ramadhan akan menambah keberkatan dalam hidup kita semua

mari niat puasa