Posts Tagged ‘current issue’

the protest and manifestation

jelajah eropah aku kali ini penuh dengan seribu pengalaman berharga. dengan mendebik dada, aku berani laungkan tiada siapa di tanah malaysia mampu menandingi pengalaman berharga yang aku peroleh. tengok saja tajuk post ni, tentu kamu dapat sedikit klu tentang apa yang aku bakal tulis bukan. oh sebelum itu, untuk kamu-kamu yang kurang ambil tahu tentang isu semasa dan keadaan dunia, sila maklum bahawa pergolakan di palestin semakin parah sekarang. hey mesti kamu ambil tahu hal-hal begitu. sibuk diwar-warkan dalam berita dan akhbar di malaysia bahawa semakin ramai rakyat palestin dibunuh. bagi aku, bagaimana besar pun isu dan sengketa, nyawa bukan lah mainan. segala masalah boleh diselesaikan. pasti ada caranya. kenapalah mereka tidak berfikir begitu.

p1020448

oh gambat diatas aku capture di brussels. dihadapan european council bulding. tempat bersidang segala bapak-bapak negara persatuan eropah. dekat juga bangunan itu dengan hotel penginapan aku. masyarakat muslim berpiket dan menyatakan protest mereka terhadap diskriminasi undang-undang di iran. lantang sekali  dilaungkan pendirian merekam tanpa rasa takut dan gentar. sepanjang pagi sehingga tiba waktu jumaat mereka berpiket. aku kagum, cuma aku terlalu ingin segera pagi itu untuk mengejar bas. kalau tidak, pasti aku tunggu untuk tahu kesudahannya.

perhimpunan manifestasi sokongan terhadap palestin dan bantahan terhadap kekejaman israel di paris

100_1696hari sabtu, 3 januari 09. aku ke paris dengan aiman telo. tujuan, pusing-pusing ambil gambar dan berhajat mahu membeli-belah. tapi tujuan utama, untuk sertai perhimpunan menghantar manifestasi sokongan terhadap palestin dan rakyatnya. perarakan bermula di republique dan berakhir 3.4 km kemudian di saint augustin.

100_1706

berpuluh ribu rakyat perancis turun memenuhi jalan. dari segala bangsa, agama dan umur. warna rambut dan kulit bukan menjadi ukuran. yang pasti, mereka bersama-sama benci dan menentang kekejaman rejim israel di palestin. human awareness mereka sangat tinggi aku rasa. rasa kemanusiaan dalam diri mereka melangkaui batasan agama dan bangsa. mereka sama-sama simpati terhadap nasib masyarakat palestin.

100_1724ini gambar golongan yahudi di paris. dari sepanduk dan laungan mereka aku dapat rasakan mereka juga amat benci apa yang dilakukan rejim yahudi di palestin. tengok lah, sedangkan mereka juga benci kekejaman begitu, tapi kita sebagai umat islam sesaudara tidak pun ambil endah. hey cuba pikirkan balik. golongan yahudi ini patutnya menyokong pihak mereka, tapi sebaliknya. kita pula bagaimana?

100_1743

bendera palestin yang dikibar dan diarak penuh semangat

100_1747

100_1750

lautan manusia memenuhi segenap pelusuk jalan

100_1751

100_1752

100_1761

100_1773

100_1782

honestly, aku begitu bersemangat petang itu. adrenalin banyak sekali naik ke kepala. kadang-kadang meremang bulu tengkuk mendengar laungan dan semangat yang ditunjukkan. petang itu sejuk sekali, mungkin kurang lagi dari takat beku suhunya. tapi ia tidak mematahkan semangat orang-orang yang cintakan keamanan dan sayangkan sesama manusia dari bersatu menyatakan pendirian mereka.

sungguh ia pengalaman berharga buat aku. tengok saja gambar-gambar di atas. bukan senang mahu ketemu perhimpunan sebegitu. oh, mungkin di malaysia bisa buat begitu? aku tidak berani ambil risiko. sebab? banyak sangat larangan dan undang-undang nonsense yang konon nya untuk mengekalkan keamanan, tapi sebenarnya mengongkong kebebasan bersuara orang ramai.  walaupun apa yang ingin disuarakan itu betul dan semua orang tahu kebenarannya.

ringgit malaysia 200k for car repair? crapp!!!

nonsense gle!!

ade ke logik dan boleh diterima akal, baiki kereta lebih mahal dari harga kereta sendiri.

sape la yang bodoh sangat pegi baiki kereta macam tu. baik tukar baru je.

die ingat die sorang je ke yg pakai kereta kat malaysia ni.

jangan sangka orang tak tahu, semua bil, resit dan figure yang dikeluarkan itu, direka dan dirancang penuh teliti.

untuk menutup segala tuduhan dan rasuah yang dilakukan.

ceh. politik sekarang, tidak boleh dipercaya lansung. nonsense!!!