surat kepada menteri wanita, keluarga & pembangunan masyarakat

kepada dato’ seri shahrizat abdul jalil,

beberapa minggu ini, kita membaca di akbar-akhbar utama kejadian bunuh (buang) bayi menjadi-jadi. saya perhatikan, berbagai pihak mengeluarkan pendapat dan komen. ada yang menyatakan perbuatan itu dosa besar, zaman jahilliyah dan lain-lain. kementerian sendiri mengeluarkan kenyataan mengecam dan supaya pelaku buang bayi dikenakan hukuman berat. tapi cuba fikir, berkesankah kenyataan-kenyataan dan komen-komen sedemikian? lansung tidak ada faedahnya. berbuih mulut kita menasihat dan mengecam, masyarakat kita tetap juga beromen sesuka hati, terpancut dalam, mengandung dan sudahnya membunuh bayi-bayi kecil itu.

apa kata kita gunakan pendekatan lebih realistik. cadangan saya mungkin nampak jahil, tapi ia boleh menyelamatkan nyawa tidak berdosa. negara-negara maju, yang sememangnya mereka tahu, kejadian mengandung luar nikah mustahil dibendung menyediakan ruangan “membuang bayi” secara terhormat dan selamat.

ia dipanggil baby drop box. ia serupa saja macam mesin deposit duit. bayi yang dilahirkan itu, jika tidak mahu, hantar saja ke sini. beratus beribu mereka-mereka yang tidak punya anak sudi mengambil dan menjaga anak tersebut. modal untuk membina ‘drop box’ ini pun tidak besar. sekadar sebuah pintu kecil, muat untuk memasukkan bayi dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

kita selamatkan dulu bayi-bayi ini. kemudian kalau nak perangi golongan-golongan berzina itu, lain ceritalah. saya ragui usaha ‘perang’ ini akan berjaya. masyarakat sekarang, bukannya senang menahan baju seluar dari terlondeh. lihat saja bapak-bapak menteri bagaimana kisah diranjang mereka. inikan pula rakyat jelata.

cukuplah kita membunuh bayi-bayi ini. tidak tahan lagi saya melihat masyarakat kita yang semakin tidak bertamadun ini berlaku kejam mengalahkan haiwan. harap dato’ seri pertimbangkan.

sekian. yang benar,

nazrinzaini

One response to this post.

  1. Posted by amira shaffee on April 2, 2010 at 7:27 pm

    submit kat myideas wey…

    http://www.myideas.my

    heheh

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: