surat kepada perdana menteri

kepada datuk seri mohd najib bin tun abdul razak,

assalamualaikum & salam sejahtera.

izinkan saya menulis secebis idea dan pandangan dari seorang rakyat biasa, yang mungkin tiada kuasa dan suara, tapi mampu berfikir walaupun tidak sebijak cendiakawan dan pemimpin-pemimpin agung. mungkin pandangan saya kurang pentingnya bagi seorang yang lebih banyak tanggungjawab kepada negara, tapi saya amat berterima kasih jika diluangkan sedikit masa membaca surat ini.

mungkin pandangan saya ini tercetus dari perbualan dikalangan para rakan jurutera di kedai kopi sahaja, tapi jika dinilai teliti, impaknya besar sekali. mungkin bukan kepada generasi datuk seri, tapi kepada anak-anak kami nanti, sesudah generasi pemimpin kini tidak lagi bersama kami.

kalau diamati, banyak golongan professional kini telah beralih arah mencari peluang kerja di luar negeri. tidak kurang juga yang menetap di sana, mencari kerja, membina keluarga dan menetap kekal di sana. dilingkungan hidup saya sendiri, tidak kurang berpuluh jurutera meninggalkan negara apabila ditawarkan kerja yang menawarkan pendapatan berkali ganda. rakan-rakan sekelas di universiti, pantang ada tawaran kerja diluar, pasti diterima walaupun dimana ceruk duduknya. golongan doktor dan jururawat, dibayar berkali ganda untuk perkhidmatan mereka di arab dan parsi. itu belum dihitung pelajar kita yang dihantar belajar diluar, enggan pulang kerana tahu nasib untung mereka disini. jika trend ini berterusan, tidak perlu tunggu 10 tahun, pasti berhentilah pembangunan dan kemajuan di negara kita ini.

datuk seri,

kita mungkin menyalahkan kadar gaji dan pendapatan sebagai punca utama profesional kita berkerja diluar. tidak dinafikan bahawa itu benar, kerana wang merupakan faktor utama hidup sekarang. tapi cuba fikirkan lagi. golongan profesional ini kebanyakannya bijak pandai lulusan universiti. semuanya terdedah kepada cara hidup dan budaya masyarakat luar yang lebih telus dan terbuka. semuanya mampu berfikir dan menilai kepincangan yang berlaku dalam negara kita. usahlah ditutup disorok segala masalah dan korupsi yang berlaku. kami tahu dan kami sedar, cuma kami tidak mampu berbuat apa-apa, jadi kami keluar mencari kehidupan yang mempunyai nilai sosial dan ketelusan yang lebih tinggi.

kita laburkan banyak wang untuk pembangunan sana sini, tapi hakikatnya lebih separuh wang tersebut masuk poket orang yang tidak sepatutnya. contoh, sebuah sekolah boleh dibina dengan harga 20 juta, tapi harga diluluskan 40 juta. untungnya, masuk poket kontraktor tersebut buat belanja mewah dia dan keluarga. saya tahu memang susah untuk menangani masalah ini, tapi pokoknya, mentaliti dan integriti masyarakat kita perlu diubah. dan untuk mengubah mentaliti & integriti masyarakat itu, mestilah dimulakan oleh pemimpin dan bapak-bapak menteri lalu turun kebawah. saya pasti, mereka dilingkungan pengaruh datuk seri.

datuk seri,

jika aliran keluar profesional kita hari ini berterusan, satu hari nanti, negara kita akan dihuni golongan kurang berpendidikan dan pekerja bawahan sahaja. akan semakin teruklah korupsi, terhentilah pembangunan dan meranalah rakyat. jurang kaya-miskin pasti akan semakin besar. anak-anak pemimpin sekarang akan semakin kaya, dan anak-anak pekerja kilang akan merempat menjadi kuli. mungkin anak-cucu datuk seri tidak rasakan hal ini, tapi bagi kami rakyat bawahan ini, anak-cucu kami yang pasti akan merempat nanti.

sekian. sehingga saya menulis lagi nanti.

nazrinzaini

2 responses to this post.

  1. tangkap masuk isa ini worang!

    Reply

  2. Posted by nirzan on March 12, 2010 at 7:51 pm

    apsal? short minded gile ini worang

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: