kilija oh kilija

satu lagi hari yang membosankan. terus terang aku katakan, kerja aku sekarang ini sedikit membosankan dan lansung mengembangkan minda. ditambah pula dengan suasana tempat kerja yang serba-serbi berkeadaan dull dan sepi. jadi inilah kerja aku. browsing internet, menulis blog, download series and softwares serta berbual-bual tanpa topik tertentu dengan jiran-jiran cubical sebelah. namun bukan aku sorang sahaja yang aku rasakan bosan bekerja hari ni. nun jauh di tepi tasik mines, ada dua lagi makhluk aneh yang aku kira bosan seperti aku. disebabkan medium berbual-taip tak boleh, jadi kami chat melalui email. genius. mula2 seronok, tapi lama2 sedikit malas untuk mengrefresh email and reply balik. lalu aku kembali ke state kebosanan yang amat ini.

kerja aku tidak kurang seperti seorang personal assistant kepada beberapa orang atasan aku, serta berpenat otak memikir bagaimana menyelesaikan kajian mereka. memanglah, memang aku dibayar untuk kerja begitu, tapi aku berhak mengatakan kerja aku bosan. tiap-tiap hari aku perlu membuka email, reply, call sana sini dan membuat urusan pejabat. hantar surat, ambil photostat, order barang dan sebagainya. sudah jadi resam kerja aku begini, jadi aku pasrah dan cuba membiasakan diri.

hari ini, aku dapat pengalaman baru. aku rajin betul untuk menulis tentangnya. jiran sebelah meja, gelarkan dia A, seorang pelajar PhD suka benar bercerita. orang nya nampak diam, tapi berulah peluang dia buka mulut, pasti kamu akan mula berasa macam dia sorang saja ada mulut dalam dunia. topik perbualan, interesting. perubatan alternatif. oh rakan sebelah ini bomoh. bomoh besar barangkali. sebab client2 nya, dekan2 fakulti di sini, ketua2 pengarah jabatan dan orang2 bergelar dato-dato serta tan-tan seri-seri. tidak kurang gaya sembangnya. mana boleh kalah. aku tau dia sembang lebat, tapi dari olah kata dan keyakinannya mengencing cerita, aku sendiri pun goyang dan termakan. hahah. lawak betul. cara perubatannya, siap dengan harimau jadian, keris pedang maya, jurus2 kungfu dan silat serta boleh pula dia meminta bantuan jin-jin yang pernah diislamkan olehnya sebelum2 ini. aku ragu-ragu betul, tapi seronok mendengar bila aku berada dalam keadaan bosan begini. 

suasana kerja juga sangat tenang. makhluk paling jambu cakap, aku ra yang paling berdedikasi. rajin ke ofis setiap hari dan pulang mengikut waktu. tapi sebenarnya bukan aku yang betul2 rajin berkerja, orang lain yang malas sbnrnya. kalau aku dtg ke ofis pukul 9pg pun, pasti aku jadi orang pertama sampai. dan kalau aku tiba pukul 10 pun, pasti aku yang akan membuka kunci pejabat. kerja gomen, apa nak dikata. masuk pukul 10, trus ke cafe breakfast dan lepak menghisap rokok tepi tasik smpai 11. lyn2 internet kejap, dah lunch hour. senang bukan. naseb la, bukan ada orang nak marah or pecat pun. contoh paling dekat. ofis aku ada 8 orang dalam kumpulan kajian kami. tapi setiap hari, tak mungkin lebih 4 orang memunculkan muka. dan dlm  4 org tu pun, 2 pasti masuk lepas zohor. cool kan? haih. macam manalah aku nk mendidik diri aku jadi produktif dan dedicate begini. 

entahlah, aku pun tak tahu bagaimana. aku tak pedulikan orang lain. kerja yang aku terima, aku pasti siapkan secepat mungkin. aku cuba buat sehabis baik. at least, aku boleh berbuat begitu untuk memotivasikan diri aku menghadapai hari-hari. masa masuk dan keluar ofis tolak tepi  ye :) 

p/s: hari ni bakal keluar awal lagi sebab supervisor aku outstation 2 hari. hehe. janagn beritahu dia yah..

One response to this post.

  1. GAJI BUTA !!
    and yet, im still in the office doing works … demmit … !! envy you !!

    note: 2225 hours

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: