maaf 100000x

kepada kamu,

hari ini aku telah melukakan hati kamu 2 kali, mengecewakan kamu 2 kali, menyebabkan kamu sedih 2 kali. aku tidak tahu mengapa aku berlaku sebegitu. aku bodoh dan selfish. aku tidak sedar apa yang aku buat tadi amat pentingkan diri. dan aku hanya menyedarinya selepas itu. mulut aku lancang berkata-kata, laju menuturkan ayat-ayat yang aku rasakan tidak offensive. tapi sebenarnya, kata-kata yang aku niatkan untuk berterus-terang itu menyakiti hati kamu. sudah terlewat untuk aku sedar yang kata-kata itu sepatutnya tidak dilontarkan pada masa, tempat dan situasi yang tidak kena. dan aku hanya mengambil enteng atas perbuatan aku tadi. maaf ya. dan aku tidak tahu betapa terlukanya hati kamu bila aku tinggalkan kamu bersama-sama orang-orang asing yang tidak kamu kenali untuk mengejar sedikit keseronokan. balasnya, kamu yang menanggung sedih dan kecewa yang besar. tidak sepatutnya aku bersikap begitu. aku tidak sensitif, pentingkan diri dan kadangkala bodoh dalam membuat pertimbangan. dan lebih memburukkan keadaan, aku sangat clueless atas apa yang berlaku. aku juga tidak pandai memujuk. hanya pandai meluahkan beberapa potong ayat meminta maaf. aku ikhlas, tapi mungkin maaf aku tidak lagi bernilai kerana selalu sangat aku mengucapkannya. kamu berhak marah dan merajuk. aku terima. aku akan cuba mengubah diri aku supaya kamu lebih senang berada disamping aku. dan sekali lagi, aku ingin memohon maaf dari hati aku yang kecil ini atas kelancangan perbuatan aku selama perkenalan kita. ambillah masa dan ruang sebanyak mana yang kamu perlukan untuk meredakan hati kamu yang marah dan terluka itu. hukumlah aku. aku cuma berharap kamu akan tetap menyayangi aku seperti mana sebelumnya, kerana aku tetap akan menghargai kamu walau apa pun berlaku. 

dari aku.

5 responses to this post.

  1. Posted by fareezyusoff on November 12, 2008 at 8:09 am

    err..i taught we had discuss yang cakap tentang perasaan dalam bahasa melayu sounds wierd?🙂 no offense malay people!

    Reply

  2. Posted by siti_otai on November 12, 2008 at 10:36 am

    maaf bukanlah ubat untuk luka dihati… luka itu akan sembuh..tp parut??mmg ader byk ubat utk hilangkan parut yg dijual..tp parut dalam hati…bawa sampai mati..

    terlajak kete boleh reverse..terlajak kata/perbuatan….hmm..boleh pikirkan??

    it seems that u have changed…a lot..

    Reply

  3. lebih baik ikhlas dlm meminta maaf, instead of hanya manis berkata-kata~

    p/s: btw, ko kenal aku ke apam? cm segan lak nk tegur ko kalo jupe. hahaha😛

    Reply

  4. Posted by nirzan on November 14, 2008 at 12:42 am

    : (|) :@) ini bukan apam

    Reply

  5. Posted by nhymphadora86 on November 14, 2008 at 1:04 am

    sorry is begging for forgiveness..however it will not cure..sorry no cure..but u can repair it..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: