kisah kami outing

petang yang damai, hujan renyai-renyai membasahi pekan ipoh. orang-orang meniaga sibuk menutup kedai. di suatu kompleks membeli belah..

di suatu sudut brhampiran pintu masuk jaya jusco, s merenung jauh. tangannya menggenggam erat henset kesayangan, lalu didail nombor n. beberapa deringan berlalu, telefon diangkat..

s: hello, awak kat mane tu?

n: jangan cari saya. pegilah bercanda ngn dia tu. konon lawa sangat. awak igt saya ni ape?

s: janganlah macam tu. awak marah lagi ke? tunggu kat sana, kejap lagi saya sampai…

s melilau mencari-cari n dicelah ribuan manusia yang ramai. ditoleh kekanan, terlihat ramai budak-budak gothic berambut merah, bertindik hidung bibir. ditoleh kiri, terlihat amoi cina memakai bengkung bergetar osim. hati s runsing, risau benar jika n tidak ditemui…

kusut benar keadaan n. mungkin hatinya sudah terluka, pedih bagai dihiris. s yang disanjung dan disayangi, telah berubah hati mencari yang lain. hati n serba tak kena, hendak marah dan merajuk, mereka berdua bukan tunang mahupun kekasih. hubungan yang kompleks begitu menambah lagi kegusaran hati n..

tengah n duduk mengelamun, tiba s membawa sekotak big apple. mungkin pada firasat s, kemanisan donut big apple itu boleh mengubat hati n yang telah tawar..

s: n, maaflah. saya bawak big aple ni. marilah makan sikit, kusut je saya tengok awak ni.mesti awak x makan lagi kan?

n: awak makan lah, saya takde selera.

n masih merajuk..

s:ala, janganlah macam tu, saya rasa dlu sikit ye. kalau sedap awak mesti makan. cantikkan donut ni. pink lagi kaler die.

n masih diam. berat mulutnya untuk berbicara. dia lebih rela diam dari melayan s yang cuba memujuknya itu.

s: kalau awak taknak mkn donut yang saya beli ni, minum lah sikit. air kiwi ni sedap, favourite awak kan?

n tersenyum. s memang tahu memujuk. s tahu kegemaran n, sebab itulah dibelinya air kiwi kesukaan n. dan hati n yang keras tadi telah lembut dek ke-sweet-an s.

n: thanks s. saya sedih. tapi saya percaya awak. len kali jangan buat cmni kat saya ye..

malam itu berlalu indah. hubungan n dan s kembali seperti biasa, tapi jauh disudut hati s, die masih teringat si dia yang beraja. dia cuba menyembunyikan rasa hatinya, tapi raut wajahnya menceritakan sesuatu.

mereka berdua cuba mencari jalan keluar dari masalah mereka. mereka menonton wayang, makan sepuas hati dan bermain boling. mereka gembira malam itu, tapi di hati masing-masing, siapa yang tahu. esok sesuatu yang baru. mungkin cerah, mungkin mendung. doakan mereka bahagia sampai bila-bila..

cerita diatas ada kaitan dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia..haha~

cameraman: asto scrrenplay: aku director: mede ahah~

_________________________________________________________

tembakkk!!! perang imaginasi, tapi sume sayur, last2 limtat je yang tinggal..~

aduyai, ape yg ko tengok tu jot!!! haha waktu-waktu nakal menahan pukat~

seronok gila kami keluar malam tu. max payne, big apple, bowling, delifrance, black canyon, arcade game, cuci mata, window shopping dan akhir sekali di ameeth. ntah bila lah lagi dapat keluar ramai-ramai macam ni..huhu..sume dh sibuk dengan hal masing-masing..sedihnye~

4 responses to this post.

  1. siol lu apam!!!! hahaha

    Reply

  2. dem ni bole buat filem jiwang tahap sepi haha

    Reply

  3. Posted by nirzan on October 23, 2008 at 8:51 am

    terbaekk..casting for brand new sepi
    pelakon utama: ngek
    pelagak ngeri: ayin
    tukang mekap: sho n asto

    Reply

  4. ini adalah cerita paling bangsat..

    interesting dan ayat paling bangsat “esok sesuatu yang baru. mungkin cerah, mungkin mendung. doakan mereka bahagia sampai bila-bila..”

    ini sume salah cameraman ngan director.. FY..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: