marilah, bukan susah sgt pun

hari ni hari jumaat. semua orang lelaki wajib sembahyang jumaat, tidak ada alasan tidak boleh pergi. tapi aku terkejut bila balik dari masjid td, aku tengok ramai kawan-kawan tidak pergi solat jumaat. pantang betul aku, melihat kawan-kawan tidak solat. ada yang duduk didepan komputer, ada yang baring-baring main henset, dan yang tido siap berselimut bercomforter lebih tak boleh diterima. semuanya buat muka sardin bila aku masuk kebilik masing-masing. senyum lah, ape lagi boleh buat nak cover salah sendiri. apa lagi, naik syehh la aku. habis kusembur sekor-sekor. lantak lah, katalah aku biadab atau over reacting atau apapun. aku tahu, apa yang aku buat tu betul. cuba cari dimana salahnya aku marahkan kawan-kawan yang tidak pergi sembahyang jumaat. lepas satu bilik, ke bilik yang lain aku ambush. memang panas betul aku tengahari tadi. suara pun dh sedikit tegang tadi, mujur aku dapat mengawal kemarahan. pantang pulak aku, bila ada orang cakap, lantak lah mereka, dh besar panjang, boleh decide apa nk buat untuk diri sendiri. itu cakap orang tidak berpendirian. kawan-kawan tak sembahyang, boleh pulak kamu backup dan biarkan. kalau kamu x berani tegur, ini budak mentah yang selalu dianggap keanak-anakan berani sepak bontot-bontot kamu yang tak solat itu. sudahlah sembahyang 5 waktu tunggang-langgang, solat seminggu sekali pon boleh diringan-ringankan. apa lagi yang tinggal pada iman dan islam kita, kalau solat yang penting itu pon tidak terjaga. satu lagi, perihal cakap-cakap salahkan orang lain, tak kejut lalu terlajak tidur dan tak dapat pergi solat, itu alasan paling tahi. takkan hal sembahyang sendiri pun orang lain nak jaga. tanggungjawab sendiri, janganlah harapkan orang lain nak jaga. biarlah kamu nak kata aku selfish, tak pikir perasaan orang lain, atau hipokrit, tapi aku tahu aku pasti menang dalam debat ini. ingatlah, kalau sembahyang tidak ditunaikan, akan ditarik segala rahmat dan keberkatan dalam setiap rezeki kamu. kamu berduit dan bergembira selalu, tapi tanpa keberkatan tuhan, tiada nikmatnya dan tidak akan kamu berasa puas atas semua itu. aku mengaku aku marah tadi, tapi bukan marah yang betul-betul marah untuk membuang kamu-kamu, tetapi marah sebab aku concern dan sayangkan kamu-kamu sekelian. aku taknak kawan-kawan aku hanyut jauh, jadilah ada sedikit cahaya dan pegangan, dari buta lansung. aku tahu aku pun tidak noble dan baik sangat, tapi dah menjadi tanggungjawab aku menegur, dan tegurlah aku juga kalau aku tersilap. cukuplah, kalau kamu-kamu nak ponteng jumaat lagi lain kali, jangan sampai kantoi ngn aku, sebab nanti kamu x tahan telinga. aku harap, lepas ni kamu-kamu sekelian akan ambil kesah dan rajin ke masjid untuk solat, dan walaupun mungkin kamu tetap sama begitu, aku akan tetap mengajak, menegur, memaki dan mendoakan agar kamu berubah tanpa jemu dan putus asa sebab aku sayangkan kamu-kamu semua. dan kepada beberapa orang yang terkene tempias hamburan aku tengahari tadi(ye aku tau kamu kemasjid), maaflah. ingatlah, walaupun kamu tak dikantoikan aku, tapi DIA diatas PASTI akan kantoikan kamu, dan tunggulah sajalah balasan dan denda atas perbuatan kamu itu.

4 responses to this post.

  1. Posted by Penggigit Telinga Berjaya on October 17, 2008 at 9:33 pm

    aahhh…kalau kencing, sila aim betol2 ke mangkuk jamban yang memang layak untuk dikencing! jangan kene tempias kat orang sebelah yah?

    Reply

  2. Posted by nurul on October 17, 2008 at 10:12 pm

    thanx ingtkan kawan2 pasal solat..

    Reply

  3. yerp..aku sokong.. nnti kawan2 ko kt akhirat nnti aku paut kaki ko xkasi masuk syurga sb ko xpukul/belasah derang suh semayang..

    ada yang sanggup cakp.. ko ajak jer, bukan heret aku pon suh smayang.. salah ko la aku xsemayang..

    nauzubillah..

    btw, first impression aku tgk orng tuh ialah dengan SOLAT nya…

    Reply

  4. Posted by deng on October 19, 2008 at 8:58 am

    tak patut tul.. dah la semayang 5 waktu sehari pon blom tentu cukup.. Solat Jumaat yg sekali seminggu pon lg mau ponteng??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: