takbir dan tahmid

sudah menjelang lebaran. aku tidak sedar ramadhan begitu cepat berlalu.

cuti semester hampir tiba. aku baru selesai mengemas baju dan barang untuk dibawa pulang. perasaan bercampur baur. sedih, gembira, sebak, rindu etc. semua nya datang bertalu-talu. entahlah. gembira mahu bersama keluarga bercuti. sedih meninggalkan teman-teman. bukan lama lagi kita boleh bersama. dan tidak tahu juga boleh ketemu lagi atau tidak selepas cuti.

aidilfitri menjelang kurang seminggu dari sekarang. bakal berkumandanglah takbir, tahmid dan selawat. alunan merdu yang ditunggu-tunggu saban tahun. dan moga tahun ini, lebaran disambut penuh kesyukuran, dan kegembiraan bersama keluarga dan orang-orang tersayang.

aku ingin mengambil kesempatan memohon segala kemaafan atas keterlanjuran, kesalahan, kebiadaban berbicara mahupun segala perkara yang mengguris hati kalian semua. aku bukan insan yang sempurna, penuh silap dan cerca. semoga persahabatan dan persaudaraan kita kekal sampai bila-bila.

selamat hari raya aidilfitri

maaf zahir batin

oh. aku ternampak cikun dlm salam perantauan

One response to this post.

  1. Apam! Selamat Hr Raye. Maapkn aku klw aku ade berdosa ngn ko ye.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: