kawan atau musuh

bayu meniup ringan, membelai wajah. aku melayan fikiran yang jauh kulemparkan, memikirkan hari-hari berlalu dan yang akan datang. bas yang ku naiki bergoncang tatkala menempuhi lubang-lubang. terasa gegarannya. tapi aku tahankan jua. aku lihat, jalan yang kulalui itu, tidak tahu kemana tujuannya, dan aku tidak tahu, bagaimana aku boleh berada di atas bas itu.

sepanjang perjalanan, berbagai-bagai kenderaan melewati bas yang ku tumpangi. kereta peronda polis, siap dengan siren-sirennya, berbelas-belas buah kuselisihi.

“mungkin ada orang terhormat dihadapan…” bisik hati kecilku.

kemudian, trak-trak askar silih berganti. penuh dengan pasukan celoreng lengkap bersenjata. aku kaget. mungkinh perang sedang terjadi, ataupun rusuhan, ataupun rampasan kuasa. bas itu terus juga bergerak, bergerak dan bergerak, menelusi celahan-celahan pasukan bersenjata yang semakin ramai.

“kita dah sampai. turun. turun!!” satu jeritan aku dengar, tapi tidak dapat dipastikan dari siapa.

melangkah turun dari bas, aku sedar, aku kini berada di sebuah kebun getah, tidak jauh dari kampungku. sah, aku memang disitu, tapi aku berfikir, kenapa aku dibawa ke situ. aneh. dan kebun getah milik seorang tua di kampung ku itu dipenuhi askar-askar yang sedia berkawal, bagaikan ada satu pertempuran bakal berlaku.

“ade ape ni?” aku berteriak..

tiba-tiba mulutku dicekup, leherku ditarik dari belakang. aku diseret ke dalam sebuah pondok usang. aku pengsan. sesedar sahaja, ku lihat ada seorang teman baik (kita namakan A) mengusap-usap dahiku. dia tersenyum tanpa sepatah kata. aku bingkas bangun. ku lihat luar jendela, berpuluh-puluh askar siap dengan senapang dan pistol berkawal keliling pondok itu. bagaikan tiada inchi pun tempat yang terlepas dari pandangan mereka. aku tertanya-tanya.

mereka semua tertumpu pada satu arah, ke suatu anak sungai yang amat kotor. busuknya tuhan sahaja yang tahu. kemudian muncul seorang lagi teman yang biasa sahaja rapatnya (kita namakan B) dari belakang, menyuruh aku berselindung, mencari tempat sembunyi.

tiba-tiba, dari anak sungai itu, muncullah seorang makhluk, kotor dan busuk, lagi menjijikkan. merangkak perlahan-lahan dari sungai itu. makhluk itu hanya berkain pelikat. badannya penuh ulat-ulat dan daun-daun kering. dengan renungan mata yang tajam, dan tawa sinis, dia menuju kearahku yang sedia dikelilingi oleh askar-askar berkawal tadi.

“tembak!!! tembak!!!” B melaung…

makhluk tadi dihujani peluru-peluru yang dimuntahkan dari senapang askar-askar. A dan B masing masing dengan pistol mereka, cuba melepaskan tembakan, tapi, tidak satu pun peluru keluar dari muncung pistol mereka. aku panik. kuamati betul-betul siapa makhluk tadi. masyaAllah!!! rupanya dia adalah seorang kawan ku juga (kita namakan C). darahku berderau, degupan jantungku kencang. lagak C bagaikan ingin membunuh aku, menyiat-nyiat kulit-kulit aku, menghirup segala darah dari urat-urat ku. aku lari.

C sudah berlumuran darah hasil tembakan peluru-peluru. muka nya pecah-pecah, badannya terkoyak disana-sini. aku sangkakan dia sudah mati, namum sekoyong-koyong tubuhnya bangun berdiri mengejar aku. dirampasnya pistol dari tangan B, lantas mengacukan muncung pistol kepada aku. aku lari sekuat hati, namum semakin laju aku berlari, semakin pantas C mengejar. dia bagaikan terbang. akhirnya aku berserah.

“ya tuhan, selamatkan aku..” hatiku berdoa..sambil duduk mencangkung menekup telinga. ilaian tawa C penuh kekejaman, dendam dan kesumat. bbbanggggg!!!!!!

***

aku terjaga dari mimpi ngeri ku. berpeluh-peluh. astaghfirullahhhh!!! aku berishtighfar panjang. lantas ku capai telefon kesayangan.

“bgn sahur” bunyi pesanan ringkas dari seorang teman.

kulihat waktu sudah 630. ya Allah, aku terlepas sahur lagi…

aku melangkan longlai mengambil wudhuk, sambil memikirkan ironi mimpi ngeri aku tadi. aku bertanya sendirian, kawan yang ku kenal sekian lama menjadi C, dan kawan yang ku anggap biasa menjadi B. apakah maksudnya. biarlah, mainan tidur. tapi tuhan menjadikan sesuatu pasti ada maksud disebaliknya, bukan begitu?

subhanAllah. sesusah subuh, aku menulis post ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: