saya rasa bersalah

semalam, kelas terakhir kami bersama dr rashid untuk semester ini. dan semalam jugalah waktu dimana kami telah mengecewakan harapannya. dr rashid meletakkan suatu harapan yang tinggi pada kami sekelas, tapi kami tidak mencapai kehendaknya. dalam kelas semalam, dia banyak mengeluh, menggunakan ayat-ayat sinis dan meluahkan perasaannya. bukan kami tidak faham, tapi kami sengaja mendiamkan diri. malu. apa boleh buat, salah kami juga.

dia berharap kami dapat menyudahkan projek enjin itu sebelum semester tamat, tapi kami mengterbengkalaikan projek itu. dia mahu kami membuat analisa haba terbebas dalam laporan makmal, tapi tidak seorang pun melalukannya. dia hampa. tapi, dalam kekecewaannya, dia tetap memberikan yang terbaik untuk kami. beberapa panduan dan tunjuk ajar untuk soalan peperiksaan akhir dalam kelas itu menjadikan kami lebih bersemangat untuk mendapat keputusan paling cemerlang.

terima kasih dr rashid. kami tahu kami malas, degil, lewat dan banyak karenah, tapi kami betul-betul bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini. doakan kami. kami mahu ucapkan terima kasih, dan memohon seribu kemaafan, tapi mulut kami kelu, kerana senyumanmu yang penuh makna itu.

(saya sangat lemah menggunakan bahasa melayu sekarang. saya perlu membuka kamus untuk menterjemahkan perkataan inggeris ke dalam bahasa melayu. malunya saya. tapi itu yang terbaik mampu saya lakukan. hilangkah jatidiri saya? sy masih melayu, tapi…)

One response to this post.

  1. apsal kami???bukan patut “aku” jer ke…hahahahaha…dh2…jom stadi ED…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: