kenapa saya tidak menulis blog dalam bahasa melayu?

ini merupakan blog pertama saya yang ditulis dalam bahasa melayu, dan saya berasa sangat pelik serta kekok. bukan bermakna saya telah melupakan asal usul saya, ataupun bahasa ibunda saya, tapi sejak beberapa tahun ini, saya lebih selesa menulis dalam bahasa inggeris. adakah itu bermakna saya telah hilang jatidiri dan tidak lagi mementingkan bahasa melayu dalam kehidupan seharian saya?

tidak, sama sekali tidak. saya pasti akan ada orang yang akan menggelarkan saya lupa daratan atau hilang keperibadian. saya mengakui hal itu. saya berasa amat lemah dalam penggunaan bahasa melayu. saya pasti, segala ilmu yang diajarkan di sekolah, berkenaan bahasa melayu telah saya lupakan. dan saya pasti guru bahasa melayu saya pasti kecewa dengan keadaan saya sekarang.

tapi, tidakkah anda rasa, tulisan saya ini berbunyi pelik dan aneh serta ajaib. ia tidak sedap untuk dibaca, dan perkara pertama yang anda rasa bila membaca blog ini adalah “ape ke jadah nye mamat ni tulis“. saya akui itu. dan, adakah anda sedar, bahawa anda sendiri berkeadaan seperti saya. anda merasakan bahasa melayu ini sesuatu yang sukar dan aneh. itulah hakikatnya yang kita harus sedar. bahasa melayu tidak lagi menjadi bahasa utama kita, dan kemelayuan kita semakin terhakis hari demi hari.

saya akan tinggalkan persoalan ini untuk anda berfikir. saya akan kembali dengan sambungan untuk karangan kali ini pada masa akan datang.

4 responses to this post.

  1. sangat bagus untuk difikir..kenapa tdak menulis dlm bahasa ibunda yea..hmm..rendah sgt ke bahasa melayu nih…

    Reply

  2. Posted by nirzan on April 10, 2008 at 4:20 am

    itulah sebabnya, bukan bahasa melayu yang telah hilang serinya, tetapi kita yang telah hilang kemelayuan kita tanpa disedari

    Reply

  3. Software penterjemah bahasa. Malay to English. Penterjemah Bahasa Lingovista.
    http://lingovista.googlepages.com/default.htm

    Reply

  4. welll if you wish, you could write in bahasa orang Utan pun no biggie.so my points is it’s depend on yer target audience lah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: