jelajah eropah aku kali ini penuh dengan seribu pengalaman berharga. dengan mendebik dada, aku berani laungkan tiada siapa di tanah malaysia mampu menandingi pengalaman berharga yang aku peroleh. tengok saja tajuk post ni, tentu kamu dapat sedikit klu tentang apa yang aku bakal tulis bukan. oh sebelum itu, untuk kamu-kamu yang kurang ambil tahu tentang isu semasa dan keadaan dunia, sila maklum bahawa pergolakan di palestin semakin parah sekarang. hey mesti kamu ambil tahu hal-hal begitu. sibuk diwar-warkan dalam berita dan akhbar di malaysia bahawa semakin ramai rakyat palestin dibunuh. bagi aku, bagaimana besar pun isu dan sengketa, nyawa bukan lah mainan. segala masalah boleh diselesaikan. pasti ada caranya. kenapalah mereka tidak berfikir begitu.

oh gambat diatas aku capture di brussels. dihadapan european council bulding. tempat bersidang segala bapak-bapak negara persatuan eropah. dekat juga bangunan itu dengan hotel penginapan aku. masyarakat muslim berpiket dan menyatakan protest mereka terhadap diskriminasi undang-undang di iran. lantang sekali dilaungkan pendirian merekam tanpa rasa takut dan gentar. sepanjang pagi sehingga tiba waktu jumaat mereka berpiket. aku kagum, cuma aku terlalu ingin segera pagi itu untuk mengejar bas. kalau tidak, pasti aku tunggu untuk tahu kesudahannya.
perhimpunan manifestasi sokongan terhadap palestin dan bantahan terhadap kekejaman israel di paris
hari sabtu, 3 januari 09. aku ke paris dengan aiman telo. tujuan, pusing-pusing ambil gambar dan berhajat mahu membeli-belah. tapi tujuan utama, untuk sertai perhimpunan menghantar manifestasi sokongan terhadap palestin dan rakyatnya. perarakan bermula di republique dan berakhir 3.4 km kemudian di saint augustin.

berpuluh ribu rakyat perancis turun memenuhi jalan. dari segala bangsa, agama dan umur. warna rambut dan kulit bukan menjadi ukuran. yang pasti, mereka bersama-sama benci dan menentang kekejaman rejim israel di palestin. human awareness mereka sangat tinggi aku rasa. rasa kemanusiaan dalam diri mereka melangkaui batasan agama dan bangsa. mereka sama-sama simpati terhadap nasib masyarakat palestin.
ini gambar golongan yahudi di paris. dari sepanduk dan laungan mereka aku dapat rasakan mereka juga amat benci apa yang dilakukan rejim yahudi di palestin. tengok lah, sedangkan mereka juga benci kekejaman begitu, tapi kita sebagai umat islam sesaudara tidak pun ambil endah. hey cuba pikirkan balik. golongan yahudi ini patutnya menyokong pihak mereka, tapi sebaliknya. kita pula bagaimana?

bendera palestin yang dikibar dan diarak penuh semangat


lautan manusia memenuhi segenap pelusuk jalan





honestly, aku begitu bersemangat petang itu. adrenalin banyak sekali naik ke kepala. kadang-kadang meremang bulu tengkuk mendengar laungan dan semangat yang ditunjukkan. petang itu sejuk sekali, mungkin kurang lagi dari takat beku suhunya. tapi ia tidak mematahkan semangat orang-orang yang cintakan keamanan dan sayangkan sesama manusia dari bersatu menyatakan pendirian mereka.
sungguh ia pengalaman berharga buat aku. tengok saja gambar-gambar di atas. bukan senang mahu ketemu perhimpunan sebegitu. oh, mungkin di malaysia bisa buat begitu? aku tidak berani ambil risiko. sebab? banyak sangat larangan dan undang-undang nonsense yang konon nya untuk mengekalkan keamanan, tapi sebenarnya mengongkong kebebasan bersuara orang ramai. walaupun apa yang ingin disuarakan itu betul dan semua orang tahu kebenarannya.
3 Comments
January 5, 2009 at 5:12 pm
Assalamualaikum Warhmullahi Wabarakatuh
Salam kenal dari saya di http://oyonk.com
Perkenankanlah saya untuk memperkenalkan blog saya yang baru yang sampai sekarang masih sepi pengunjung.
Saya sangat berharap melalui blog ini bias mendapatkan sedikit limpahan pengunjung yang tertairk dengan artikel-artikel islam yang ditulis oleh seorang pengamat sosial keagamaan Sumatera Barat ( Martias Oyonk )
Demikian. Saya sampaikan terimakasih sebelumnya
Semoga menjadi ibadah dan amal saleh bagi pengelola.
Amin
Wassalam
January 5, 2009 at 6:46 pm
1st
i believe the human awareness i called the human touch yang i think the western somehow have higher level of that compared to us though they are called kafirunjing(haha) by us.its true,because here in spain also, human equality?pfft..cicir MalaysiaBoleh.I encountered also some picket here by the ecuadorian i guess, they are fighting for lower cost of something-something (spannish thing that i dont know what).the funny thing is, a lot of them are spannish,filipino and others rather than just ecuadorian.though the flag been rose is the ecuador flag.so where are our human touch? ade, but i quote:
“oh, mungkin di malaysia bisa buat begitu? aku tidak berani ambil risiko. sebab?”
we are afraid of The Man (Mr.S, SchoolOfRock).its like in the V for Vendetta movie.we are afraid.the government should be afraid of The Rakyat not another way around.we are to comfortable.as long as it doesnt affect ourselves that much, we couldnt care less to say out loud our stance.we have a high level of tolerance that sometime its in a way crappish level.got me?
2nd
fuck aku jealous gile.nak haram~nape aku just jumpe satu je perhimpunan bebas melaung suara?damn it! btw; France are known to be the best place to do that kind of stuff.because freedom of speech there really does exist!
3rd
what the heck 7:42 AM????? shoot!
January 7, 2009 at 10:59 am
haha this is cool la Apam B)
i mean ALL entries of yours are Cool.